Saturday, December 5, 2009

haji awang dalam kenangan




































Sunday, November 8, 2009

undang-undang keluarga haji awang

UNDANG-UNDANG BAGI PERSATUAN KEBAJIKAN KELUARGA TUAN HAJI AWANG BIN HAJI NASER PJK

TAFSIRAN

Induk Jenerasi pertama

Ahli Persatuan Semua individu dalam kelumpuk keluarga ini

Ahli Semua individu dalam kelumpuk keluarga ini

yang layak mengundi

Penggal Masa diantara satu menyuarat agong

kemesyuarat agong seterusnya

PERATURAN 1

NAMA DAN ALAMAT BERDAFTAR

1.1. Pertubuhan ini dikenali dengan nama PERSATUAN KEBAJIKAN KELUARGA HAJI AWANG BIN HAJI NASER, PJK. Selepas ini disebut sebagai PERSATUAN.

1.2. Alamat tempat urusan Persatuan ini ialah No: 57, Kampung Sumatra, Rantau Panjang, 34140 Selama, Perak iaitu bekas rumah kediaman Tuan Hj Awang bin Hj Naser, PJK, atau ditempat lain yang akan ditetapkan dari masa kesemasa

PERATURAN 2

TUJUAN-TUJUAN DAN MAKSUD-MAKSUD

1. Tujuan persatuan ini adalah bagi mengamalkan dasar-dasar kekeluargaan, kebajikan dan tolong-menolong dikalangan ahli.

1.1. Untuk menyatukan seluruh ahli keluarga Tuan Hj Awang bin Hj Naser.

1.2. Saling mengenali antara satu sama lain dan mengeratkan lagi hubungan silaturahim

1.3. Menjaga kebajikan/kepentingan seluruh ahli keluarga Tuan Hj Awang bin Hj Naser

2. Melaksanakan dan menjalankan ketetapan yang telah dipersetujui dalam

Mesyuarat Agung.

3. Semua wang dari apa-apa juga hasil keuntungan yang didapati oleh

persatuan ini hasil dari penyertaan dalam apa-apa juga aktiviti yang sah

akan hanya digunakan semata-mata untuk melanjutkan, memajukan dan

menjalankan aktiviti persatuan dan tidak sebahagian pun daripada wang

atau keuntungan itu akan digunakan untuk membayar faedah,

keuntungan atau bonus kepada sebarang pembayaran yang dibuat

dengan tujuan samada untuk membayar gaji atau perbelanjaan atau

kedua-duanya kepada mereka yang telah memberikan perkhidmatan

kepada persatuan ini.

PERATURAN 3

KEAHLIAN

1) Setiap individu yang lahir daripada keturunan Tuan Hj Awang bin Hj Naser PJK yang didahului oleh 6 induk (jenerasi pertama) secara lansung sebagai ahli persatuan ini. Pasangan yang mendirikan rumahtangga dengan mana-mana ahli persatuan sedia ada secara langsung didaftarkan sebagai ahli persatuan dan seterus zuriat-zuriat yang dihasilkan termasuk anak angkat yang diambil sejak bayi berumur dibawah 12 bulan

2) Ahli Persatuan berumur 15 tahun keatas layak sebagai pengundi

PERATURAN 4

BAYARAN MASUK, YURAN-YURAN DAN BAYARAN LAIN

1) Tiada yuran keahlian dikenakan.

2) Yuran tahunan hanya dikenakan bagi ahli yang berumahtangga

atau pernah berumahtangga serta mempunyai zuriat iaitu sebanyak RM50.00 untuk tempoh setahun bagi setiap pasangan. Pengecualian yuran hanya kepada induk (Generasi pertama) dan ahli persatuan yang belum berumahtangga

3) Bagi mereka yang baru berumahtangga yuran hanya akan diambil

kira pada tahun berikutnya

4) Ahli yang berpoligami yuran hendaklah diambil kira mengikut

jumlah poligaminya

5) Sebuah tabung bagi menjalankan urusan kewangan Persatuan ini

telah dilantik iaitu menggunakan akaun diBank Simpanan Nasional seperti berikut :

Nama Akaun : Persatuan Kebajikan Keluarga Hj Awang bin Hj Naser

No. Akaun : 08221-2900009251-6

6) Ahli-ahli yang membiarkan hutang yurannya lebih daripada 2

tahun, Bendahari hendahklah memaklumkan kepada Setiausaha

dan Setiausaha dikehendaki mengeluarkan satu surat peringatan.

7) Yuran-yuran khas atau kutipan wang daripada ahli-ahli untuk

perkara yang tertentu boleh dijalankan dengan persetujuan Mesyuarat Agung.

PERATURAN 5

PEMBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI

1) Mana-mana ahli yang keahliannya terjadi hasil dari perkahwinan dengan ahli persatuan ini sekiranya berlaku perceraian dengan secara langsung tergantung keahliannya untuk tempoh selama 6 bulan dari tarikh perceraian sebagai memberi peluang penyelesaian. Sekiranya tidak ada jalan penyelesaian dalam tempoh tersebut maka secara langsung terbatal keahliannya. Bagaimanapun zuriat daripada keluarga ini kekal sebagai ahli Persatuan.

2) Tidak dibenarkan samasekali sebarang penarikan diri dari

persatuan ini

PERATURAN 6

MESYUARAT AGUNG

1) Mesyuarat agong diadakan mengikut penggal yang masanya tertakluk kepada keputusan mesyuarat agong terdahulu

2) Pengelolaan persatuan ini terserah kepada Mesyuarat Agung Penggal. Sekurang-kurangnya satu perdua daripada jumlah ahli yang berhak mengundi atau dua kali jumlah Ahli Jawatankuasa, ikut mana yang kurang hendaklah hadir di dalam Mesyuarat Agung bagi mengesahkan perjalanan mesyuarat dan mencukupi bilangan (Korum) untuk mesyuarat.

3) Jika korum tidak mencukupi selepas setengah jam daripada waktu yang ditetapkan untuk mesyuarat, maka mesyuarat itu hendaklah ditangguhkan kepada satu tarikh (tidak lebih daripada 30 hari) yang ditetapkan oleh Jawatankuasa dan jika korum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang ditetapkan untuk mesyuarat yang ditangguhkan itu, maka berkuasalah ahli-ahli yang hadir menjalankan mesyuarat tetapi tidak berkuasa mengubah undang-undang persatuan dan membuat keputusan-keputusan yang melibatkan semua ahli.

4) Mesyuarat agong hendaklah dijalankan mengikut ketetapan yang ditentukan semasa mesyuarat agong sebelumnya bagi tujuan:-

4.1) Menerima laporan Jawatankuasa berkenaan kerja-kerja persatuan dalam penggal lalu

4.2) Menerima laporan Bendahari dan penyata kira-kira yang telah diaudit bagi penggal yang lalu

4.3) Melantik ahli-ahli Jawatankuasa dan pemeriksa kira-kira untuk penggal yang akan datang.

4.4) Menguruskan perkara-perkara lain yang dibentangkan dalam mesyuarat itu

5) Setiausaha hendaklah menghantar kepada tiap-tiap ahli sekurang-kurangnya 60 hari sebelum tarikh yang ditetapkan dalam mesyuarat agung, satu pengumuman awal kerana mesyuarat yang menetapkan tarikh, waktu dan tempat serta penerimaan cadangan yang hendak dibincangkan, cadangan untuk meminda undang-undang persatuan dan pencalonan untuk memilih Ahli Jawatankuasa.

6) Pencalonan-pencalonan untuk memilih Ahli Jawatankuasa dan cadangan –cadangan untuk dibincangkan di dalam mesyuarat tersebut hendaklah disampaikan kepada Setiausaha tidak lewat dari 21 hari selepas penerimaan pengumuman awal mesyuarat.

7) Setiausaha hendaklah menghantar kepada tiap-tiap ahli sekurang-kurangnya 14 hari sebelum mesyuarat agung penggal diadakan, satu agenda (acara mesyuarat) termasuk salinan-salinan, peringatan mesyuarat dan laporan-laporan, cadangan-cadangan dan pencalonan-pencalonan untuk memilih Ahli Jawatankuasa beserta dengan penyata kira-kira persatuan bagi penggal lalu yang telah diaudit, selain surat-surat ini juga hendaklah dibekalkan untuk dibaca oleh ahli-ahli di alamat berdaftar atau di tempat mesyuarat persatuan.

8) Mesyuarat Agung Khas Persatuan ini boleh diadakan :-

8.1) Bila difikirkan mustahak oleh Jawatankuasa, atau

8.2) Atas permintaan beramai-ramai dengan bertulis oleh tidak kurang satu perlima daripada jumlah ahli yang berhak mengundi dengan menerangkan tujuan-tujuan dan sebab-sebab mengadakannya. Permintaan itu hendaklah dihantar oleh Setiausaha persatuan.

8.3) Mesyuarat Agung Khas yang diminta oleh ahli-ahli hendaklah diadakan pada satu tarikh di dalam tempoh 30 hari dari tarikh penerimaan permintaan mesyuarat itu.

8.4) Pengumuman dan agenda untuk mesyuarat agung khas itu hendaklah diedarkan oleh Setiausaha kepada semua ahli sekurang-kurangnya 14 hari sebelum tarikh yang telah ditetapkan untuk mesyuarat.

8.5) Fasal (1) dan (2) di dalam undang-undang ini berkenaan korum dan penangguhan Mesyuarat Agung Tahunan boleh digunakan untuk mesyuarat khas, tetapi dengan syarat jika korum tidak mencukupi selepas setengah jam dari waktu yang telah ditetapkan bagi Mesyuarat Agung Khas atas permintaan ahli-ahli, maka 6 bulan daripada tarikh ini, mesyuarat agung khas atas pemintaan ahli-ahli dengan tujuan yang sama tidaklah boleh diadakan.

8.6) Setiausaha hendaklah menghantar kepada tiap-tiap ahli satu salinan draf peringatan tiap-tiap mesyuarat agung dan mesyuarat agung khas dengan seberapa segera yang boleh setelah selesainya mesyuarat itu.

PERATURAN 7

JAWATANKUASA

1) Satu Jawatankuasa yang dinamakan Pegawai persatuan hendaklah dilantik di dalam Mesyuarat agung Penggal :-

1.1) Seorang Pengerusi

1.2) Seorang Naib Pengerusi

1.3) Seorang Bendahari

1.4) Seorang Setiausaha

1.5) Seorang Penolong Setiausaha

1.6) 6 orang Ahli Jawatankuasa Induk

2) Pemegang-pemegang jawatan yang akan menjalankan tugas-tugas

pemerintahan dalam persatuan ini hendaklah terdiri dari ahli

persatuan sahaja kecuali jawatan pengerusi mestilah daripada

waris asal Hj Awang bin Hj Naser (Bukan Menantu)

3) Nama-nama untuk jawatan-jawatan di peraturan (1) hendaklah

dicadangkan dan disokong dan pemilihan dijalankan dengan cara

mengundi oleh ahli-ahli dalam Mesyuarat Agung Penggal dan boleh

dilantik semula setiap penggal

4) Nama-nama untuk jawatan diperaturan kecil (vi) hendaklah

mengandungi wakil daripada setiap induk yang mana ianya dipilih

sendiri oleh kelumpuk induk berkenaan

5) Pekerjaan Jawatankuasa ialah mengelola dan mengatur kerja-kerja

harian persatuan dan membuat keputusan atas perkara-perkara mengenai perjalanan persatuan dengan tidak terkeluar daripada dasar umum yang ditetapkan oleh Mesyuarat Agung. Jawatankuasa seharusnya tidaklah boleh membuat tindakan bertentangan dengan keputusan Mesyuarat Agung dengan tidak terlebih dahulu berhubung dengannya dan Jawatankuasa mestilah sentiasa taat memberi laporan berkenaan kegiatan-kegiatannya dalam penggal lalu kepada tiap-tiap Meyuarat Agung Penggal.

6) Jawatankuasa hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya sekali

di dalam setahun. Pengumuman bagi tiap-tiap mesyuarat hendaklah diberi kepada ahli-ahli 30 hari terlebih dahulu. Pengerusi dengan bersendirian atau tidak kurang daripada 4 orang ahli Jawatankuasa bersama-sama boleh memanggil supaya diadakan mesyuarat Jawatankuasa pada bila-bila masa. Sekurang-kurangnya setengah daripada bilangan ahli Jawatankuasa hendaklah hadir bagi mengesahkan perjalanan dan mencukupkan korum mesyuarat.

7) Jika timbul perkara mustahak yang berkehendakan kelulusan

Jawatankuasa dan mesyuarat Jawatankuasa tidak dapat diadakan,

maka setiausaha bolehlah mendapatkan kelulusan daripada ahli-ahli Jawatankuasa dengan surat pekeliling.

8) Syarat-syarat yang berikutan hendaklah disempurnakan sebelum keputusan Jawatankuasa boleh dianggap sebagai telah diterima :-

8.1) Masalah yang dibangkitkan itu hendaklah dibutirkan dengan terang dalam surat pekeliling yang dihantar kepada tiap-tiap ahli Jawatankuasa.

8.2) Sekurang-kurangnya setengah daripada bilangan ahli Jawatankuasa atau bantahan mereka kepada cadangan itu, dan

8.3) Keputusan hendaklah dengan undi yang terbanyak. Sebarang keputusan yang didapati melalui surat pekeliling hendaklah dilaporkan oleh Setiausaha kepada mesyuarat Jawatankuasa kemudiannya untuk disahkan dan dicatitkan dalam peringatan mesyuarat.

9) Ahli Jawatankuasa yang mungkir menghadiri mesyuarat

Jawatankuasa bagi tiga kali berturut-turut tanpa alasan yang

memuaskan akan disifatkan sebagai telah meletakkan jawatan di

dalam Jawatankuasa.

10) Jika seorang Ahli Jawatankuasa meninggal dunia atau meletakkan

jawatan, calon yang kedua mendapati undi terbanyak di dalam

pemilihan yang lalu hendaklah dipanggil untuk memenuhkan

kekosongan itu. Jika calon yang sedemikian tidak ada atau

menolak jawatan itu, maka berkuasalah Jawatankuasa melantik

ahli persatuan yang lain memenuhkan kekosongan itu sehingga

mesyuarat agung penggal diadakan.

11) Jawatankuasa boleh memberi arahan kepada Setiausaha dan ahli-

ahli lain untuk menjalankan urusan-urusan persatuan yang

difikirkan mustahak. Ia boleh menggantung atau melucutkan

jawatan seseorang itu kerana cuai dalam pekerjaan, curang, tidak

cekap, ingkar menjalankan keputusan Jawatankuasa, atau kerana

sebab-sebab yang difirkan boleh merosakkan kepentingan

persatuan.

12) Jawatankuasa ini boleh menubuhkan Jawatankuasa-

Jawatankuasa kecil yang difikirkan mustahak dan memberi

kewajipan khas kepada Ahli Jawatankuasa.

PERATURAN 8

KEWAJIPAN-KEWAJIPAN AHLI

1) Pengerusi adalah bertanggungjawab penuh dalam pergerakan/

pentadbiran persatuan, mengambil tindakan segera di atas apa

juga perkara yang berlaku curang, serta mempengerusikan

mesyuarat-mesyuarat

2) Timbalan Pengerusi hendaklah memangku jawatan Pengerusi

semasa ketiadaannya.

3) Setiausaha hendaklah menjalankan kerja-kerja pentadbiran

persatuan mengikut undang-undang dan hendaklah ia menjalankan

perintah Mesyuarat Agung dan Jawatankuasa. Ia

bertanggungjawab menguruskan hal-hal surat menyurat dan

menyimpan semua buku, surat dan kertas kecuali kira-kira dan

buku-buku kewangan. Setiausaha hendaklah menyimpan buku

daftar ahli yang mengandungi butir-butir seperti nama, tempat

lahir, tarikh lahir, nombor kad pengenalan, pekerjaan, alamat dan

no. talipon tiap-tiap ahli dan ia hendaklah hadir dalam semua

mesyuarat dan membuat catitan-catitan mesyuarat.

4) Penolong Setiausaha hendaklah menolong Setiausaha menjalankan

kerja-kerjanya dan memangku jawatan itu semasa ketiadaan

Setiausaha.

5) Bendahari adalah bertanggungjawab berkenaan semua hal

kewangan persatuan. Ia hendaklah membuat dan menyimpan kira-

kira berkenaan semua perkara kewangan dan bertanggungjawab di

atas semua cek persatuan bersama-sama dengan Pengerusi dan

Setiausaha. Mengeluarkan/menyimpan resit-resit, baucer dan surat

menyurat mengikut peraturan

6) Ahli Jawatankuasa biasa hendaklah membuat ahli lain menjalankan

tugas mereka apabila diarahkan.

7) Ahli Jawatankuasa daripada induk-induk adalah merangkap sebagai

pengerusi perhubungan induk diwakilinya dan bertanggongjawab

sepenuhnya dalam semua urusan.

diwakilinya.

PERATURAN 9

KEWANGAN

1) Disyaratkan kepada peruntukan-peruntukan yang berikut bagi peraturan ini, wang persatuan ini boleh digunakan untuk perkara yang berfaedah bagi menjalankan tujuan-tujuan persatuan, termasuk perbelanjaan persatuan, pengelolaan majlis keluarga, bayaran khairat kematian, sumbangan wang kebajikan dan lain-lain urusan yang berhubung kait dengan persatuan.

2) Bendahari dibolehkan menyimpang wang tidak lebih daripada RM500 pada sesuatu masa. Wang yang lebih daripada jumlah itu mestilah dimasukkan ke dalam bank yang dipersetujui oleh Jawatankuasa. Kira-kira bank itu hendaklah di atas nama persatuan.

3) Segala cek atau kenyataan pengeluaran wang dari kira-kira persatuan hendaklah ditandatangani secara bersama 2 daripada

samada oleh Pengerusi, Setiausaha atau Bendahari. Kerana ketiadaan Pengerusi , Setiausaha atau Bendahari maka bolehlah Jawatankuasa melantik sesiapa sebagai pengganti untuk menandatangani cek-cek atau kenyataan atau pengeluaran wang persatuan.

4) Perbelajaan yang lebih daripada RM500 bagi sesuatu masa tidak boleh dibayar dengan tidak diluluskan terlebih dahulu oleh Jawatankuasa dan perbelanjaan yang lebih daripada RM5000 bagi suatu masa tidak boleh dilakukan tanpa mendapat kebenaran Mesyuarat Agung. Perbelanjaan yang kurang daripada RM500 bagi sesuatu masa boleh diluluskan oleh Pengerusi bersama Setiausaha dan Bendahari.

5) Penyata dari hal wang yang diterima dan dibelanjakan beserta timbangan kira-kira bagi setahun hendaklah disediakan oleh Bendahari dan diperiksa oleh Pemeriksa kira-kira yang dilantik, dengan seberapa segera setelah tamat tahun kewangan. Penyata kira-kira telah diaudit itu hendaklah dikemukakan untuk kelulusan Mesyuarat Agung yang berikut dan salinan-salinannya hendaklah dibekalkan untuk makluman ahli di alamat berdaftar atau di tempat mesyuarat bagi persatuan.

6) Tahun Kewangan bagi persatuan ini bermula dari 1 Januari dan berakhir pada 31 Disember tiap-tiap tahun.

PERATURAN 10

PEMERIKSAAN KIRA-KIRA

1) Satu orang atau lebih bukannya pengerusi persatuan boleh dilantik di dalam Mesyuarat Agung sebagai Pemeriksa kira-kira. Mereka yang memegang jawatan selama satu penggal tidak boleh dilantik semula.

2) Pemeriksa kira-kira adalah dikehendaki memeriksa kira-kira persatuan mengikut tahun dengan memastikan kuasa dan kesahihan segala perbelanjaan dan membuat laporan pengesahan untuk Mesyuarat Agung. Mereka harus juga dikehendaki pada bila-bila masa oleh Pengerusi memeriksa kira-kira persatuan bagi mana-mana masa dalam tempon jawatan-jawatan mereka dan membuat laporan kepada Jawatankuasa.

3) Pada setiap masa mempunyai kuasa kepada segala buku, akaun

dan dokumen persatuan ini dan mana-mana orang yang dikehendakinya supaya mengemukakan apa-apa maklumat atau buku-buku, akaun dan dokumen-dokumen hendaklah mematuhi kehendak itu

PERATURAN 11

PENGAMANAH

1) Dua orang pengamanah yang berumur lebih daripada 21 tahun hendaklah dilantik di dalam Mesyuarat Agung dan mereka akan berkhidmat selama yang dikehendaki persatuan. Kepada mereka yang diamanahkan menjaga semua harta kepunyaan persatuan dikehendaki menandatangani satu surat amanah.(Deed of Trust)

2) Pengamanah tidak boleh menjual, menarik balik atau menukar hak milik harta kepunyaan persatuan dengan tidak ada persetujuan dan kuasa yang diberikan oleh Mesyuarat Agung Persatuan.

3) Seorang pengamanah boleh dilucutkan daripada jawatannya oleh Mesyuarat Agung oleh sebab uzur kerana penyakit, tidak siuman, tidak berada dalam negeri atau kerana sebab lain yang menyebabkan ia tidak boleh menjalankan tugasnya atau pekerjaan dengan memuaskan. Jika berlaku kematian, perletakkan jawatan atau pembuangan bagi seseorang pengamanah maka kekosongan itu bolehlah dipenuhkan oleh pengamanah yang baru dilantik di dalam Mesyuarat Agung.

PERATURAN 12

TAFSIRAN UNDANG-UNDANG

1) Di antara mesyuarat-mesyuarat agong, Jawatankuasa boleh memberikan tafsirannya kepada persatuan dan Jawatankuasa jika mustahak boleh memutuskan perkara-perkara yang tidak terkandung di dalam undang-undang ini.

2) Kecuali perkara-perkara yang bertentangan atau tidak selaras dengan dasar yang telah di buat dalam mesyuarat agung, keputusan Jawatankuasa terhadap ahli-ahli adalah muktamad jika tidak diubah oleh keputusan Mesyuarat Agung.

PERATURAN 13

PENASIHAT/ PENAUNG

1) Jawatankuasa persatuan ini boleh, jika difikirkan perlu, melantik orang-orang yang layak menjadi penasihat atau penaung bagi persatuan ini dengan syarat orang yang dilantik itu menyatakan persetujuannya secara bertulis

PERATURAN 14

LARANGAN

1) Persatuan atau ahli-ahlinya tidak boleh cuba menghalang atau dengan cara apa juga menggangu aktiviti-aktiviti yang dianjurkan selagi ianya tidak bertentangan dengan undang-undang.

2) Aktiviti berkaitan dengan politik

3) Aktiviti berbentuk perjudian

PERATURAN 15

PINDAAN UNDANG-UNDANG

1) Undang-undang ini tidak boleh di ubah atau dipinda kecuali dengan keputusan Mesyuarat Agung.

PERATURAN 16

PEMBUBARAN

1) Persatuan ini boleh dibubarkan secara sukarela dengan persetujuan tiga perlima daripada jumlah ahli yang menghadiri berhak mengundi dalam satu Mesyuarat Agung yang dipanggil khas kerananya. Sekiranya Persatuan hendak dibubarkan secara yang disebutkan di atas, maka segala hutang dan tanggungan Persatuan yang sah mengikut undang-undang hendaklah dijelaskan manakala baki wang yang tinggal hendaklah diselesaikan mengikut cara yang dipersetujui dalam Mesyuarat Agung berkenaan.

PERATURAN KECIL

1) Ini tidaklah berkaitan dengan perlembagaan persatuan. Peraturan-peraturan ini diwujudkan oleh mesyuarat dan keputusan Ahli Jawatankuasa yang lepas seterusnya dijadikan satu garis panduan perjalanan persatuan ini supaya segala aktiviti, pengurusan harta benda, dan keluar masuk kewangan diselaraskan dengan licin dan rapi. Ianya akan sentiasa dipatuhi oleh Ahli Jawatankuasa-Ahli Jawatankuasa yang diberikan amanah mentadbirkan persatuan ini. Peraturan-peraturan ini sentiasa dikaji dan diteliti agar ianya dapat memenuhi keperluan ahli-ahlinya.

Peraturan-peraturan ini hendaklah diberikan perhatian oleh setiap ahli persatuan dan seterusnya dipatuhi. Ianya akan menerangkan :

1.1) Sumber kewangan Persatuan Keluarga Tuan Haji Awang Bin Haji Naser PJK

1.2) Kepentingan ahli yang melibatkan bantuan kewangan

1.3) Kebajikan

2) HARI KELUARGA

1) Diadakan secara dwi tahunan pada hari ketiga Hari Raya Aidilfitri mengikut giliran induk dengan lokasinya akan ditentukan oleh penganjur berkenaan. Sekiranya hari berkenaan jatuh pada hari Jumaat maka ianya hendaklah ditunda kepada hari berikutnya.

2) Sebuah jawatankuasa kecil hendaklah dibentuk dikalangan

pihak Penganjur diikuti AJK Pusat khusus bagi membincangkan

mengenai persediaan majlis tersebut meliputi aturcara, menu

makanan dan perbelanjaan. Mesyuarat ini hendaklah

dipengerusikan oleh pihak penganjur

3) Aturcara majlis mestilah meliputi Majlis Bacaan Yassin/Tahlil dan

Mesyuarat Agong Persatuan serta acara lain yang bersesuaian

sebagai acara sampingan.

3) SUMBER KEWANGAN PERSATUAN

Sumber-sumber kewangan persatuan Keluarga Tuan Haji Awang Bin Haji Naser PJK diperolehi :

1) Wang faedah dari simpanan di bank

2) Yuran tahunan dari Ahli Persatuan Keluarga Tuan Haji

Awang Bin Haji Naser PJK

3) Apa-apa juga aktiviti yang sah yang mampu menjana pendapatan untuk tabung persatuan setelah mendapat persetujuan mesyuarat agong /AJK

4) KEPENTINGAN AHLI PERSATUAN

Persatuan Keluarga Tuan Haji Awang Bin Haji Naser PJK telah bersetuju memberikan bantuan dari segi amal kepada ahli-ahlinya yang melibatkan kewangan.

4.1. Bantuan Khairat Kematian

4.1.1) Kematian ahli persatuan RM 150.00

Waris ahli yang berkenaan hendaklah mengemukakan surat Perakuan Kematian kepada Setiausaha sebelum pembayaran dibuat oleh Bendahari.

4.2) Bantuan Rawatan Hospital

4.2.1) Sekiranya terdapat ahli/ anak/ isteri ahli yang

dirawat di hospital AJK Biro Kebajikan atau lain-lain

ahli yang diwakilkan untuk membuat lawatan

berhak mendapatkan peruntukan kewangan untuk

membeli buah tangan iaitu sebanyak RM10 bagi

setiap pesakit dan sumbangan ini hanya untuk

sekali sahaja.

4.2.2) Bagi ahli yang mengalami penyakit kronik layak mendapat sumbangan sebanyak RM100.00 dengan

mengemukakan salinan surat rawatan kepada

Setiausaha dan sumbangan ini hanya akan

diberikan untuk sekali sahaja.

4.3) Bantuan Budi Bicara

4.3.1) Untuk membiayai rawatan diri sendiri atau isteri,

anak, ibubapa, mertua

4.3.2) Untuk membeli buku anak-anak/ membayar apa

juga bil sekolah bagi ahli yang banyak tanggungan

dan kurang berkemampuan

4.3.3) Apa-apa juga masalah yang mendapat persetujuan

mesyuarat AJK

Permohonan-permohonan yang dinyatakan di atas hendaklah dikemukakan dengan bukti-bukti yang boleh dipercayai. Persatuan tidak dapat memenuhi sebagaimana keperluan ahli-ahli, ianya diberi hanya untuk meringankan beban atau menambah kekurangan kewangan ahli-ahli dalam menghadapi keadaan seperti dinyatakan diatas. Bantuan yang diberi adalah bantuan berbayar balik oleh ahli dalam tempoh/cara yang diberikan oleh AJK dan tidak dikenakan sebarang faedah. Pengerusi boleh memberhentikan peruntukkan ini apabila mendapati kewangan persatuan tidak mengizinkan

5) IMBUHAN

Tiada imbuhan diberikan kepada penjawat jawatan dalam persatuan ini dan ianya mengamalkan dasar sukarela dan tanggongjawab

6) PERTUKARAN ALAMAT

Adalah menjadi tanggongjawab ahli memakluman dengan segera

kepada Setiausaha sebarang pertukaran alamat atau alat

perhubungan

7) AHLI BARU

Pengerusi perhubungan induk yang berkenaan adalah Bertanggong

jawab memaklumkan kepada Setiausaha akan keujudan ahli baru

dalam kelumpuknya

8) PERTIKAIAN

Segala apa juga pertikaian yang menyentuh hal penubuhan,

Pemilihan AJK, perjalanan mesyuarat, pengurusan hendaklah

dirujuk kepada jawatankuasa persatuan terlebih dahulu bagi mencari

jalan penyelesaian secara muafakat. Mana-mana ahli yang dibuktikan

telah membuat pengaduan atau merujuk kepada mana-mana orang

selain daripada AJK persatuan hendaklah dianggap sebagai bertindak

memudharatkan serta pengkhianatan terhadap persatuan dan ahli-

ahlinya

9) PENGELUARAN/PENERIMAAN KEWANGAN

Segala pengeluaran/ penerimaan kewangan hendaklah melalui

Bendahari Persatuan yang telah diluluskan terlebih dahulu oleh

Pengerusi atau Setiausaha semasa ketiadaannya.

10) SURAT MENYURAT

Segala surat menyurat yang berkaitan dengan persatuan hendaklah

melalui Setiausaha Persatuan yang mana atas kuasa yang diberikan

kepadanya surat tersebut hendaklah dinilai seterusnya catitan ulasan

dan dimajukan kepada Tuan Pengerusi untuk mendapat kelulusan.

Sekian.

Tandatangan : ………………………. Tandatangan : …………………………

Nama : SUHAIME BIN ZAINI Nama : MOHAMAD NAZARI BIN HASHIM

Jawatan : PENGERUSI Jawatan : SETIAUSAHA

Tarikh : Tarikh :